Sunday 14 December 2014

Rinduku padamu Iman Nurnajihah..

Assalammualaikum...
Hampir 2 minggu aku tidak dapat bertemu dengan Iman Nurnajihah..rinduku semakin dalam dan sering akli aku menatap wajah tembam n comey dia....Aku terpakse outstation ke Perlis atas keterpaksaan dan arahan pada minggu ini...sepatotnya aku pulang ke Kelantan untuk melepaskan rinduku...akan tetapi tugas dan kerjaya, aku terpakse tangguhkan kepulangan aku ke kampung....
Iman Nurnajihah adalah permata hatiku yang pertama..Anak perempuanku...ketika ini usia dia baru mencecah 28 hari...semoga iman membesar dengan sihat dan cergas serta menjadi anak yang solehah dan taat kepada Allah serta ibu ayah....

Ins Sha Allah...minggu hadapan aku bercuti panjang.....yeeehhhhh.....

Thursday 8 May 2014

Isteriku kesayangan hatiku..terima kasih sayangku Nuraisha bte Ab Rahman..

Alhamdulilah...sekejap jek rasanya da nak dkt 6 bulan usia perkahwinanku bersama seorg wanita yg muncul dlm hidupku dikala aku terasa seakan sunyi dan sepi...kehadirannya dlm hidupku penuh makna...terima kasih kepadaMu Ya Allah kerana hadirkan die dlm hidupku...membawa sinar cahaya disaat daku dlm kegelapan...
Kini..isteriku sedang hamil 3bln dan dijangkakan bersalin pda pertengahan November...syukur Alhamdulilah...terima kasih kepadaMu Ya Allah diatas nikmat yg Kau berikan...
Tarikh 2 April 2014 penuh dengan kegembiraan..pagi2 lagi aku keluar rumah kerana pagi tu aku ada metting dgn pihak pembekal..isteriku tidak bekerja kerana sepupu die dtg dri melaka..lebhkirang jam 11.30pgi,isteriku menghantar mesej menyatakan die hamil..Pertama kali aku rasakan gembira yg amat sgt didalam jiwa apabila mengetahui isteriku hamil..mmg xdpt dibayangkan perasaan aku ketika itu...aku sanggup meninggalkan tugasan aku di pejabat semata2 ingin mendakap dan memeluk isteriku dengan pengkhabaran gembira darinya..isteriku ke klinik bersama sepupunya..Perasaan dan tanggungjawab aku sebagai suami memerlukan byak kesabaran dan ketabahan pabila melayan karenah isteriku yg hamil..aku berasa teruja dgn keadaan sebegini...aku mampu mengawal perasaan amarah yg dahulu menebal dlm jiwaku... Alhamdulilah terima kasih Ya Allah..
Alhamdulilah...setakat harini aku berjaya memberikan ape jua yg die idamkan..smpaikan aku dah pandai buat nasi kerabu..
Kepada wanita2 yg pernah hamil..mereka tahu akan keperitan semasa hamil..makan ckit muntah..mabuk..loya..pening..so isteriku turut terlibat alami gejala semua itu..aku lah bertindak sebagai doktor peribadi die...tukang urut peribadi..tukang masak..tukang jemur kain..nak dikatakan hampir semua kerja rumah,aku uruskan..pernah die kata kat aku,jangan manjakan die mcm nie..nanti takut jadi tabiat..aku bukan nak manjakan die tapi aku fikirkan kesihatan die..kalau baru jek nak basuh baju or memasak,dah pening pale..nak muntah..so dari die muntah or memudaratkan kesihatan dan kandungan,aku rela buat semua kerja2 rumah..aku dpt rasakan kepenatan pabila aku mengemas rumah..disaat itu aku terfikir akan isteriku selama ini mengemas rumah..membasuh baju..memasak..bukan mudah bagi lelaki untuk melakukan kerja2 sorg surirumah..memerlukan kekuatan fizikal..mental..hehe...aku yakin dan mampu lakukan..

Terima kasih Ya Allah di atas kurniaanMu kepada aku dan isteriku...semoga kehidupan kami diberkati olehMu Ya Allah...

Monday 3 February 2014

Honeeyyyyymoooonnn...yeaah!!

Woww...second honeymoon at Seberang Jaya...first honeymoon kat Bandung...huhu...insyaALLAH pada 12 hingga 15 Feb akan ke Goldcoast lak...mudah2an...
aku n wife ke Penang lak kali nie...check in ari kamis n then arini check out...so far ok laa...dok kat Sunway Hotel & Resort...rate ok..makanan ok...mmg best laa dok kat hotel nie...
Penang ni jalan jem teruk laa...dari Hotel ni naknke Batu Ferrenggi da makan 4 jam...hahahha....

Sunday 22 September 2013

Hidup baru.....misi baru...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....
aku kembali semula menulis kerana akuk rsa nak menulis bkn kerana paksaan dan desakan tapi aku nye suka laa...blog aku...hahaha...

aku yang kini bukan yang dulu2..

tungguuuuu..aku ada berita gembira....hehehe...

Kenangan lalu mengajar erti kehidupan sebanar...


Saturday 7 April 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan lah sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini
Mendambakan kasih
Insan yang kusayang

Dihati ini
Hanya tuhan yang tahu
Dihati ini
Aku rindu padamu

Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan
Adat dan syariatMenguji kekuatan
Keteguhan iman
Insan yang berkasih…