Monday, 25 July 2011

Sinar.FM

uishh...korang nak thu x??pagi tadi sinar.fm call aku untuk share cite psal bola...
macam xpercaya jerk...
aku mmang layan sinar.fm kalau pagi2 pi keje..al-maklum laa dari melaka ke n9..kan jauh 2..so srapan gelak aku pg2 adalah celoteh kril,SY n KE..mmg lawak n hepening laa dieorg..nak2 bla si KE kenakan si SY..klako..smpai aku tergelak sorg2 dlm kete..hahaha..
nak dijdikan cite.pgi tdi topik dieorg adlah psal bola..korang kan thu dlm blan julai ni,Harimau Malaya byk friendly match ngan club2 antrabgsa..Arsengal (Arsenal), Liverspoil (Liverpool) n Chelshitt (Chelsea)..korang pun thu result friendly 2 mcm mane kan..so xyah laa aku nak rungkai lelebih..bru2 ni Malaysia vs Singapore..result match 2..
harimau kecundang di kaki singa dgn tikaman 5 berblas 3...teruk x?? 
*aku xnak komen lelebih..back 2 topik.. 
so bila sinar.fm (Sinar Pagi) mengutarakan topik pasal bola..si KE 2 kta  
"apa2 cite psal bola,bley aje dikongsikan bersama dgn cara taip SPG<>mesej anda dan hantar ke 32660 atau terus hubungi kami di no 03-95432000" 
aku tertarik plak ngan topik pgi 2..mgingatkan aku kpd cite thun 2008 dmana aku terpatahkan kaki sorg cikgu kat sarawak..dgn pntas n lekas aku taip msej n hantar..selang beberapa mnit aku trima msej dri sinar.fm.... 
"RM0.50.Terima kasih, mesej anda diterima SINAR.FM" 
so kalau msej mcm 2 dapat,kompom msej korang akn dibacakan...aku pun tunggu gak laa msej aku dbacakan..
tetiba jek aku dapat call dri no 03-95430289..aku ingatkn si dia yg call aku pgi2 ni..almaklum laa no KL kan..so aku pun jwab laa...ni la perbualan aku n org 2..layanzz jek laa...

Aku : hello..
Org 2 : hello en.faizal..sya dri sinar.fm..msej en faizal diterima dan msej en faizal  terpilih utk di keudarakan (recording)..bley x?
Aku : ahhh??sinar.fm??recording??? biar betul..... 
Crew sinar : ahhhaa..recording dan akan on air bersama Kril,SY dan KE..en faizal kna cite kan mcm mane kaki cikgu 2 bley ptah..buat slamba n rilek aje..
Aku : !@#&*@%$..ahh bley laa... *aku jdi blur n seakan xpercaya..
Crew sinar : ok..jawab mcm biasa aje..en faizal kna rilek n citekan ape pngalaman en faizal dlm bola sepak...tunggu sebentar ye en faizal..

dgn konpius nya aku jawab bley jek..tpi dlm ati n seakan xpercaya ni..berderau n tkut gak..hahaha..smbil 2 aku dgr laa lagu dri handphone aku..tetiba jek....


Kril : hello..assalammualaikum..sape 2?
Aku : walaikumsalam..sya faizal dri melaka..
Kril : ahh pe pengalaman anda dlm bola sepak??
Aku : sya pernah bekeje di sarawak..tahun 2008..dulu ada pertandingan bola sepak antara daerah..sya wkil daerah B**..sya jdi defender..msa game 2,ada guru ni bwak bola,dia gelecek..ntah mcm mane sya trus tackle
(*ala2 terjah la..bkn mcm tackle awek tau)
bila sya tackle kaki kiri die,die jtuh n tetiba die meraung kesakitan..rupa2nya kaki kanan die patah..meraung2 die..
Kril,SY n KE : ahhh patahhhh..!!!       *dgn nada terkejut..hahaha
Aku : ahhaa terpatahkan..bkn sngaja..tackle kaki kiri tpi kaki kanan yg ptah..
SY : ko lepas geram ke ni..ko ingat kaki ayam ke..
KE : awk xsengaja kan....
Aku : ahhaa xsengaja..bkn niat pun..
KE : awk kenal ke cikgu 2?
Aku ; xkenal sgt laa..tpi biasa main bola bersama..cikgu dri daerah lain..
KE : operation ke kaki dia??berbalut eh..
Aku : opertaion gak..3 bulan MC..hahaha
SY : abis,ref kasi awk kad x?
Kril : mesti awk kna kad merah...
Aku : xda laa..ref kta sya xsalah..sya tackle kaki kiri dia tpi yg ptah kaki kanan..mcm pelik jek..so bkn slah sya..3 bulan ckgu 2 MC dgn kaki bersimen..
KE : awk ni xsenonoh laa...cian anak2 murid ckgu 2..merdekkaa la anak2 murid dia..

pastu ape tah yg SY n KE merapu..aku xbrapa dgr suara dieorg..slow sgt...

SY : faizal,lutut awk skang ni kuat lgi x??
Aku : alhamdulilah...kuat lagi..
SY : jom kite lwn bola..biar abg jem patahkan kaki awk plak..hahaha
Aku : hahahahaha.....* ketawa jek lebih..
KE : abg jem 2 larat lagi ke main bola..
Aku : hahahahaha.....* ketawa jek lebih..
KE : awk ada pi tgk ckgu 2ke lepas awk terpatahkan kaki dia?
Aku : pergi jmpe..mane ley xjmpe..
KE : skang ni awk msih main bola lagi ke??
Aku : msh main tpi main dgn jabatan pelajaran negeri ................
KE : kalau awk main bola dgn cikgu 2,kompom die nak blas dendam..dia nak      patahkan plak kaki wak 2..
Aku : hahahahaha.....* ketawa jek lebih..
Kril : da brapa rmai kaki org yg awk ptahkan??
Aku : sorg jek..itu pun xsengaja..
KE : pasni ko jgn main bola sepak lagi..awk main lompat getah je..haha..
Aku : hahahahaha.....*ketawa jek lebih..
Kril : ok faizal..terima kasih krna berkongsi cite brsma sinar.fm.. assalammualaikum 

Aku jwab laa salam 2..pastu aku letak n teruskn pjalanan smbil tnggu suara aku kat sinar.fm.....macho gak suara aku kat radio..hahaha..jangan jeles..
Pastu apetah kril,SY n KE merapu tah..aku xbrapa dgr coz darah terkejut msh mengalir deras dlm bdan ni..aku seakan xpercaya laa..biasa aku antar mesej kat CHDD (cetusan hati dan dedikasi)..biasala aku hantar CHDD 2 utk si dia la..ayat berbunga2 n jiwang..siap ada kiss 23kali n petir lagi 2...hahaha...stakt ni,msej2 yg aku antar kat sinar.fm,alhamdulilah dibaca kan...xpenah pun xdibaca kan..so arini adalah ari yg mmg gempak n best laa..ada laa kwan2 aku yg call n msej,tnye bertul ke x..dieorg xcam suara aku tpi cam gelak aku..gempakk oiittt.....
arini ini dalam sejarah hidup aku.. 
ON AIR DI SINAR FM....SINAR FM RADIO NO 1 ANDA..
Taaarrbbaaaaeekkkk..!!!!!




Kril : Kharil Rashid

SY : Salleh Yaakub

KE : Kak Engku

Wednesday, 20 July 2011

Durian ohh durian....

uisshh..
tetiba je tdi kat opis ada bau durian..
menusuk ke kalbu aku laa...
mmang fav aku laa durian...
so sape kawen ngan aku nanti,kna bgi hantaran buah durian laa... 
ape kata si dia 2 plak???hihihi..

ntah tetiba jek sejak2 ni aku mmg suke giler kot kat durian..
mmg bestt laa...
fuhh...bila ada orang ofer nak durian ke xnak..
dengan pantas aku jwab nak...hahaha..
ada laa sorg staf unit aku tdi ofer..
aku pnggil dia ina jek..nma betul dia pe tah..
tetiba lupa plak..
ats aku sthun jek..tua daaa kot..kui3..
kira akak laa...*akak laa sgt... 

mintak2 laa ada rezeki aku mlm ni...
mlm ni aku pi men futsal kat Kompleks Sukan Paroi..
so umah dak ina ni area2 citu jek...
ntah dia ckp kat Dusun Nyior..bkn aku thu punn
tpi dak ina ada bgi peta..so senang laa aku nak cri umah dia..
hahaha....mlm ni kenduri durian laa...
kalau takda..perhhhh.....kempunan den...
bkn xnak beli laa...
aritu da beli berbelas biji durian..
tpi yg ley mkn xsampai separuh..membazir jek..
so ada org nak bagi ni,aku amik jek laa....
benda free ni mmg aku pantas jek jalan...
haha...
Hantu Durian
 

CINTA dan AIRMATA...BAHAGIA dan DUKA..HATI ohh HATI...


Di suatu petang yang indah..
Aku duduk termenung sendirian
Melihat keindahan ciptaan Allah di bumi yang fana
Sambil bertemankan gelagat insan-insan yang berjoging..
Lalu pemikiranku jauh terbang..
Melayang-layang…
Terkenangkan pada seorang insan
Yang aku sayangi dan cintai…
Ya…insan itu pada zahirnya berada jauh dari pandangan
Mataku ini
Namun dia terlalu sangat dekat di hati nuraniku ini…
Tak pernah hilang dari pemikiranku..

Kehadiran dia dalam hidupku
Ibarat sebutir permata
yang bersinar terang
Nun jauh di dasar lautan
Berharga..
Bernilai buat diri ini
Senyum tawanya..
Lirikan manja matanya..
Kemanjaannya..
Bisikan kata-katanya..
Senantiasa bermain di mataku..
Pemikiranku..
Hatiku terlalu bahagia bersama dia..
Aku bahagia….

Wahai kekasih hatiku
Tiba masanya buatku datang kepadamu..
Bukan untuk menyakitimu..
Namun aku tidak sabar untuk bertemu denganmu..
Hanya kau dan aku..
Demi kau dan aku..
Ku tahu kau mengerti semua ini..

Wahai kekasih hatiku
Jangan sesekali air mata jernih membasahi
Pipi sucimu..
Kerana keterlanjuran kata-kataku dulu..
Kerana sifatku ini..
Mengertilah
Bukan niatku untuk menyakiti hatimu..
Bukan niatku untuk mengasarimu..
Bukan niatku untuk menyinggungmu..
Mengertilah…mengertilah…
Mengertilah wahai sayangku..

Berilah aku ruang untuk aku buktikan
Cintaku...
Kasih sayangku..
Keikhlasanku..
Kejujuranku..
Kepadamu seorang…
Aku di sini sentiasa merinduimu..
Menyayangimu..
Mencintaimu..
Setulus hatiku ini..
Bukan mainan bagiku..

Hanya satu ku pinta kepadamu..
Sayangi dan cintailah diriku ini
Bersama dengan setulus pengorbanan..
Demi kebahagian bersamamu..

Wahai kekasih hatiku
Dengarlah dan tenunglah kata hati ini
Di sini aku berjanji..
Akan sentiasa menyayangimu
Dan mencintai dirimu
Selagi nafasku tiada titik noktahnya…

Wahai kekasih hatiku
Kenangkanlah semua kata-kata ini
Kerana bicara sehelai kertas bersih ini
Ibarat bicara sekeping hatiku
Untuk muwahai kekasih hatiku….


p/s : khas buat seorang insan yang aku amat sayangi dan cintai...si dia..harap di mengertilah...idea ni aku dpt masa dok sorg2 kat Lake Garden,Seremban...rilex n coo jek...

Tuesday, 19 July 2011

Jika Wanita Menangis..Apa Kata Hati Mereka...Aku Sayang Rindu Kamu..


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!
MAAFKAN DAKU....

P/S : peringatan kepada diri aku sendiri..akan aku perkuatkannya dalam kehidupan dan perhubunganku bersama yang tersayang...

Saturday, 16 July 2011

Khasiat Peluk Isteri (pada yang dah bernikah aje k)

Kahwin dulu baru boleh peluk2 k....
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. 
`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

p/s : Ahh pada yang dah ada suami or isteri je yg ley peluk2 tau..yg belum berkahwin,ishh...haram peluk lelaki pompuan...kui3..mcm ni nak kawin cepat2 laa...dpat peluk ari2..pe kata si dia 2..nak x??

Mornink Semua....

uisshh...
pagi ni aku terjage awl dri jam loceng aku..
walaupn xkeje arini,tpi bdan ni ntah nape..
ley plak bgun awal..
mungkin byk memikirkan si dia 2 kot..
pgi ni si dia ada exam PTD kat Kuantan,Pahang..
semoga si dia berjaya jawab soklan2 2 suma..
dgn penuh ketabahan n sabar...
semoga ALLAH membuka laluan untuk si dia 2..
lapangkan dada n tenangkan hati....
aku dah call si dia pagi2 ni...
alhamdulilah si dia jawab n berckap ngan aku..
aku epy sungguh..tpi xthu laa dia 2 merajuk lagi ke pe..
mintak2lah dia da ok..aku xnak dia serabut...
dah laa nak sambung tido balik laa...
walaupun perut sakit pagi2 ni...


gudluck sayangku...take care...hihihi

Friday, 15 July 2011

Khas Untukmu Sayang...

dalam kelukaan ada penawarnya..
dalam senyum ada manisnya..
dalam gembira ada tangisan..
dalam kesedihan ada kegembiraan..
tetapi keperitan yang dilalui sekarang..
sungguh mencabar..
dari kesilapan aku...

hanya linangan airmata yang menemani pejalanan pulang..
hanya doa yang mampu ku sampai ke hadrat Ilahi..
hanya ALLAH yang mampu membuka pintu hati kamu..
hanya suka..senyum..gembira kamu..
hanya menjadi teman senyum dalam nangis aku..

dalam keasyikan bercinta..
dalam keasyikan kerinduan..
dalam keasyikan bermesra..
dalam keasyikan bermanja..
terlupa akan kesengsaraan..

dalam percakapan ada keterlanjuran.
dalam perbualan ada kesilapan...
dalam penulisan ada kesalahan..
dalam kemesraan ada kebinasaan..
akan tetapi kesemua itu tidak lah ku pinta..
bukan niatku untuk meyakiti hatimu,sayang...

tiada langsung terlintas..
untuk membuatkan dikau kecewa..
tidak langsung terlintas..
untuk meyakiti hatimu,sayang...

hanya kejujuranku..
hanya keihklasanku..
hanya kesungguhanku..
hanya kesetiaanku..
Aku curahkan pada dikau..
seorang..sayangku..

aku sedar diri ini bersalah..
aku terasa akan kesengsaraan..
aku cukup terseksa akan perbuatanku..
aku merasa menyesal...
tapi percayalah,sayang...
bukanku pinta untuk semuanya berlaku...

puasku hubungi..
tetapi tidak terjawab..
kucuba untuk berbicara denganmu..
tetapi dikau tidak mengendahkan..
aku cukup sengsara..
akan perbuatan dan kelakuanku..
hanya kata maaf dapatku lafazkan..

maafkan daku sayang...
maafkan daku sayang...
maafkan daku sayang..
percayalah sayang..bukan pintaku sayang....

nurkilan ini khas buat kekasih hatiku..zAItUn bIntI nO0r IshAk...

I mIss U

Wednesday, 6 July 2011

Jumaat oh Jumaat...

uisshhh..
ari jumaat sabtu n ahad...
bestnye...
mode : xsabar...


xsuma thu pe yg aku tunggu kan ari jumaat ni...
terasa rindu plak kat dia 2..
walaupn xda dpan mata,tpi terasa mcm ada mat dpan mata..
tpi xdapt nak pegang jek..
smoga mimpi mnjadi kenyataan..
impian menjdi kenyataan..
khayalan menjdi realiti..
ishh..tak sabau laaa...


*blog aku..aku nye pasal laa nak post pe pun...
sik ku lalek bah..mun ktk borink,siboh bca kmk pun blog..ohh tedah..

Sunday, 3 July 2011

ANDAI AKU TAHU.....

ANDAI AKU TAHU..
gambar wajahmu penuh dgn sepi..dari rautgambar wajahmu masih tiada ukiran satu senyuman..masih aku menanti dalam sabar di mana senyum penawar rasa bagiku..namun masih tiada..dan aku masih dalam tanya apa salahku..benarkah kamu milikku??

ANDAI AKU TAHU..

jarang pertanyaanku,akan terjawab..adakalanya terpaksa aku ulang mengulangi beberapa kali...seolah kamu tiada bersamaku...tanyaku berbunga bunga..namun jawapannya tetap membasi saja..dan aku masih mencari mana silapku..benarkah setiap ungkapanku,menyakitkan hatimu??

ANDAI AKU TAHU..
tiap saat aku berborak denganmu,dapat aku rasakan hanya diri mu yang ada ..jauh berbicara seolah dunia ini milik kita berdua..benarkah aku ada dihatimu??

ANDAI AKU TAHU..
bagaimana cara nya untuk aku merapatkan lagi hubunga kita..yang dulu entah ke mana,yang sekarang baru nak bermula dan tiada akhirnya...aku jua manusia punya hati dan rasa..ada rindu tersimpan jauh di lubuk hati..maafkan aku sayang..benarkah kamu merindui aku jua??

ANDAI AKU TAHU..
diam mu begitu asyik..hinggakan tiasa langsung kedengaran bisik suara atau pesanan,yang dulu aku pernah jua terdengar..mana salahku?dan diam itu seakan membunuhku..dan diam itu amat aku benci kerana aku tak tahu apa yang kamu rasa..benarkah kamu bosan denganku??

Dan aku masih tidak tahu...siapa sebenarnya aku padamu??
adakah hanya kepura puraan yang dilakonkan..
aku bukan insan sempurna..

ANDAI AKU TAHU..
Benarkah memori cinta lama mengganggumu??
Ya aku tahu..sejarah lalu masih lagi mekar bagimu...
Izinkan aku membersihkan duri2 lama yang terdapat di hati mu,sayang...

Dan kamu juga perlu tahu,cik eToN..aku memerlukanmu kerana kamulah adalah sebahagian dari hidupku...