Thursday, 11 August 2011

..Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab..


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.
Keluh...an remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,di olah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

 
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis Memberkati di saat terhina.. Dan mempesona kerana memaafkan Wanita cantik, mengasihi tanpa marah Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah.... Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok... Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan Lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.." "Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"

* aku copy nota ni kat SINI. JUST COPY N PASTE...mintak izin yerkk..

p/s : aku terlalu merindu sgt2 kat si dia...ke mana menghilang..tnpa suara..tanpa sms..tanpa berita...aku terlalu merindui si dia...semoga si dia berada di bawah lindungan ALLAH S.W.T...miss u,zAiTuN bTe n0or IsHaK...

Wednesday, 10 August 2011

Tip untuk menceriakan hidup anda.

1. Berubahlah cara anda melihat sesuatu. Fikirkanlah yang anda seorang yang positif.Secara lumrahnya, fikiran manusia akan sentiasa memikirkan perkara yang negatif, jangan biarkannya. Berusahalah pada setiap ketika.
2. Fikirkan penyelesaian, bukan masalah.
3. Mendengar muzik adalah satu perkara yang baik. Tukar selera anda dengan lagu2 yang mampu memberikan anda ketenangan. Sekali-sekala manjakan diri anda.
4. Tontonlah filem2, atau klip video komedi. Jika tiada, youtube dan komik dik cerdas pasti tidak akan menghampakan anda.
5. Setiap hari, luangkan masa anda untuk membaca sepotong ayat yang mampu memberikan inspirasi.
6. Manusia sentiasa memutuskan sesuatu pendirian sebelum bertindak. Pastikan pendirian anda betul sebelum anda mendirikannya.
7. Sentiasa menilai diri dari apa yang telah anda lakukan. Bukan apa yang anda belum lakukan.
8. Memang bagus jika anda mempunyai “to do” list , pastikan anda tidak senaraikanya lebih dari 3 perkara untuk hari anda. Anda pasti kecewa sekiranya gagal menyelesaikannya pada hari itu.
9. Jangan senaraikan perkara yang mustahil atau anda tidak pasti dalam senarai anda. Ingatlah, Today’s problem is caused by yesterday’s solution. Jadi, pilihlah satu penyelesaian yang boleh memudahkan anda pada esok hari. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli barang, senaraikan barang yang perlu anda beli, susun senarai anda mengikut susunan kedai. Dahulukan kedai yang jauh supaya anda tidak mensia2kan tenaga anda.
10. Jangan sekali-kali anda membandingkan diri anda dengan orang lain. Setiap orang mempunyai peluang dan takdir berlainan. Anda perlu menghargai takdir yang ditentukan.
11. Berikan diri anda hadiah dengan menonton wayang, membeli buku, atau menikmati hidangan yang lazat di restoran makanan ringan. Jika anda tidak berkesempatan, usaplah bahu anda dan katakan syabas pada diri bagi setiap kerja yang anda telah lakukan.
12. Pilih salah seorang di sekeliling anda, buatkan dia berasa gembira. Anda boleh membantu rakan anda, membantu orang tua melintas jalan, memberikan tempat duduk anda di dalam bas kepada yang memerlukannya. Mungkin anda boleh membelikan hadiah untuk seseorang atau membelanja rakan-rakan anda makan.
13. Anda harus selalu mengharapkan kegembiraan.
14. Jika anda melihat rakan anda gembira, anda boleh tumpang gembira dengan berkongsi kisahnya.
15. Senyumlah, Senyum tanda gembira tau!!

p/s : just copy n paste from this link.. sape nye blog 2,jgn mare yekk...tertawan ati bila membaca n menghayatinya...i miss,love u...kih3..

Wednesday, 3 August 2011

Selamat Tinggal Muka Buku

uisshh....selamat petang my friends...
utk pengetahuan korang,aku da xguna facebook aku lagi tau..bgi aku fb ni ada kebaikan n keburukan nya..tpi lebih kepda keburukan kot..bagi aku laa.bagi korang,korang laa yg thu kan..pasal fb ada yg berbunuh..ada yg bergadoh..ada yg bercerai..ada yg putus cinta..ada yg bermaki2..ehh mcm2 ada laa ngna fb ni...tpi ada gak kebaikan nye..2 korang kna pk laa sendiri k...better aku xda fb lagi seronok n best..


p/s : kepada si dia..itu suma cite lama..skang ni xda kaitan ngan cinta kita k..i love u so much...