Saturday, 7 April 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan lah sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini
Mendambakan kasih
Insan yang kusayang

Dihati ini
Hanya tuhan yang tahu
Dihati ini
Aku rindu padamu

Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan
Adat dan syariatMenguji kekuatan
Keteguhan iman
Insan yang berkasih…

Friday, 6 April 2012

Akhirnya Aku Kahwin

Uishh.....salam...
ni adalah novel yang kedua aku baca sampai habis tak sampai masa 24jam....yerlaa masa aku cuti sakit nilah aku ley abiskan masa membaca novel2 kepunyaan akak aku...selain melayan karenah anak2 buah aku sambil aku membaca...dalam masa 7 jam aku habis membaca novel ini yang ada 481 helai....fuhhh menarik giler2 jalan cite novel 2...mehh aku share jalan cite novel ni ehh..
Watak utama adalah DD@Diana@Debab.....keje sebagai supervisor kat kilang...anak tunggal...mempunyai saiz badan yang agak besat ckit...
Watak hero adalah Syafik....seorang CEO kilang tempat DD keje...anak kepada Datuk Suffian...
Watak Sampingan adalah Rohaida,Izhan,Syafizi,Azlan,Saiful,Datuk Suffian,Abg Lee, dan beberapa watak yang kurang menonjol gak...

Sipnosis novel ni....
Didi gadis comel yang periang dan loyar buruk gak..Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang lain. Sebagai seorang insan dia punya keinginan untuk bercinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu untuk menanti cinta sejati walaupun hatinya sering dipemainkan....

Skit tentang dialong dalam novel Akhirnya Aku Kahwin....

Sedang aku memandu, tiba-tiba melintas seorang perempuan yang seolah-olah 
sedang berlari di hadapan keretaku. Terkejut aku dibuatnya.
Mujurlah keretaku masih agak jauh. Tanpa aku sangka,
ada seorang lelaki sedang mengejar perempuan tersebut.
Kali ini aku teidak sempat untuk mengelak lagi kerana sudah terlalu hampir. 
Apa lagi...berdentummmm!! Dah langgar...

"Orang kalau nak mintak maaf bagilah bunga ke ape ke. Ni pakai air liur saja". 
Aku merungut perlahan,namun pasti sampai ke telinga Azlan. 
Muka sengaja aku seriuskan walhal dalam hati dah terguling-guling aku gelak.

"Didi..sabar,Didi. Bawa mengucap. Ingat ALLAH, Didi". 
ujar syafik memberikan semangat buatku....
"Kami tengah uruskan segalanya. Nanti semua prosuder da siap, encik bolehlah tuntut kedua-duanya".
 ujar doktor itu lagi..


Dan bagaimanakah selepas kejadian itu??bagaimanakah kehidupan Didi??siapakah jejaka Terhangat Di Pasaran,teman maya Didi????kuatkah semagat dia untuk menempuh segala dugaan dan rintangan yang datang...siapakah yang menjadikan Didi sebagai isteri??bertemukah jodoh Didi??bagaimana layanan masyarakat sekeliling tentang Didi???korang nak tahu jalan cite selanjutnya,korang baca laa...

Kompom meleleh gak air mata korang...terkedu dan tersedu2 aku membaca..ada gak lawak yang boleh diterimapakai..disamping itu ada gak pengajaran yang terdapat didalam jalan cite novel ini...ada unsur2 keagamaan..unsur2 budaya Melayu..unsur2 kehidupan kejiranan...Dalam novel ini gak ada diselitkan mengenai cara Upah Haji....itu yang aku terperanjant..coz jarang ada novel yang selitkan ilmu agama macam tu tau...hihihihi..

Aku bagi ***** bagi novel ini.....terbaik jalan cite die...tahniah buat penulis coz mampu membuat setiap pembacanya melelehkan airmata dan adakalanya tersenyum sorang2 depan novel...hihihi..

~~next misi adalah Kampung Girl....jommm layaannnnnzzzzzzzzzzzzzz.....

Thursday, 5 April 2012

Cinta Kau dan Aku

Uisshh...korang nak tahu x yg aku kini da bergelar pembaca novel tegar..kah3...
almaklumlaa xthu nak watpe time cuti2 malaysia ni kan..so msa yg terbaik utk aku mula membaca novel...dsamping dpt ilmu,aku gak dpt thu bgaimana isi ati wanita n memahami serba sedikit tentang ape itu cinta..ape itu airmata cinta..ape itu pengorbanan cinta..ape itu kehidupan cinta..ape itu kasih syg seorang kekasih....ehh mcm2 laa...smlam aku baca novel Cinta Kau dan Aku...sikit tentang penulis nya :-
~~~Siti Rosmizah
~~~Terbitan Groupbuku KarangKraf
~~~harga RM19.90
aku mula membaca jam 12 tghri smpai kul 4ptg..mkn jap..dok ilek3...lbhkrg kul 9mlm aku mula membaca shingga laa jam 4pgi,aku dpat abiskan 1 novel yg tebalnya 680 helai..kah3...makin dbaca,makin menarik plak jalan cerita nya..membuatkan aku xmo berhenti..nak kencing pun tahan gak laa....kahkahkahkah....
Aku share jalan cerita die skit ehh....
rmai watak dlm novel ni....watak utama heroin adalah Farisya@Risy@Risya..dan watak utama hero adalah Farish Hakimi@Rish....dan ada watak2 tmbahan seperti Zamilah,Zack Kapcai,Farah,Suraya,Mak Timah,Mak Yam,Pak Dollah n beberapa watak yg xbrapa menonjol sgt...

Farisya adalah sorang gadis kg yg lembh lembut..setelah kematian ayahnya,die berubah menjadi seperti lelaki tetapi naruli keperempuanan tetap ada...dengan mata yg bulat,kulit yg putih n rmbut yg panjang..pewatakan die dlm novel ini cukup menyerlah dan menghidupan jalan cerita dlm novel ini...lepas dpat result periksaan die tekad ke KL umtuk menceri kerja...tapi sebagai pemandu peribai....bayangkan sorang wanita ingin menjadi pemandu???huru hara x???akhirnya die diterima kerja disalah sebuah syarikt yg terkenal di ibunegara...Farisya bersahabat baik dengan Zack Kapcai dan Zamilah..
Farish Hakimi adalah bos Farisha...majikan die...farish mula terpaut dgn kelembutan dan keselambaan farisya dlm menjalan tugasnye sbagai pemandu...kiranya farish ni bertuah laa coz dpt pemnadu yg mulut laser n xreti dok diam...Farish adalah sorg CEO...farish penah dikecewakan oleh suraya..kerana pda hari pernikahan suraya n farish,suraya telah meninggalkan farish..tersiksa jiwa farish...lama kelamaan bila si farisya itu jadi pemandu farish,farish rasakan sebagai ada sesuatu yg terdetik di hatinya...pada ketika itu,si farisya bukan jek lagi pemandu tetapi lebih kepada pembantu peribadi..kemana sahaja si farish pergi,tentu si farisya akan diajak nya sekali....farisya dengan peragai selamba dan bersahaja dapat memikat hati farish....berjaya cinta an kasih sayang mereka ini??berjaya mereka hidup bahagia???ape tanggapan kelurga farish terhadap farisya??berjaya kah farisya mengapai impiannya????layannnnzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....................

"Apa jadi driver??Hei Risya, dah takda jawatan lain ke kat tempat kerja Milah 
tu sampaikan jawatan driver kau terima?? Dah-dah, balik kampung aje.
 Tolong Mak kat warung lagi bagus.
 Apa kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver?"
marah Mak Timah melalui telefon dengan Farisya

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak?
Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah
awak akan berubah fikiran dan menerima saya?"
soal Farish Haimi dengan wajah serius

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh 
bahagia dapa nebhadi suami. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam
hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

"Dah pandai berbohong! Dah pandai menipu! Kau jangan sampai aku naik tangan kat muka kau, Risya. Kurang ajar!! Aku bagi keizinan nak hantar kawan dia ke klinik tapi aku ditipu hidup-hidup. Apa sebenarnya yang kau nak Risya?" jerit Farish Hakimi dengan muka baran.

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja ditelinga. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukan suara itu yang telah merobek hatinya??Bukakah suara itu yang telah merangut kepercayaannya??

so aku cerita setakat ini jek...yang lebih2 korang baca sendiri...bagi aku ketabahan farisya dalam mengharungi kehidupan nya yang penuh dengan liku2 kehidupan dengan masalah percintaan dia..farisya kena kahwin paksa dengan farish hakimi...kehadiran farah dan suraya dalam kehidupan farisya...Mak Timah yang sakit...pengorbanan Cikgu Zul terhadap cinta..kematian baby farisya angkara farah dan suraya...berjayakah farah dan suraya memisahkan farish hakimi dan farisya??apakah kesudahan cinta Farish Hakimi dan Farisya??Bagaimana dengan Suraya,Farah??Zack Kapcai dan Zamilah??Cikgu Zul??
korang nak tahu lebih lanjut,korang baca dan hayati laa jalan cerita novel ini...dari 5 bintang aku mampu berikan 4 bintang laa...memang menarik..sehinggakan aku menitiskan airmata...hukhukhuk...

Cover depan
*banyak yang aku belajar dari novel ini..hukhuk..
**Misi seterusnya : Akhirnya Aku Kahwin....

Saturday, 24 March 2012

Lelaki Handsome VS Lelaki Tak Handsome

1)Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
... Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

2)kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

3)kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

4)kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat
perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

5)kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)..

6)kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

7)kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

8)kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

9)kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

10)kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
so..korang nilaikan laa pe yg patot n xpatot dipekatakan nanti kalau jumpe lelaki...xkira laa ensem ke x,yg penting jangan ngata lelebih da laa....
p/s : untuk aku gak entry ni...

Saturday, 10 March 2012

Tips Menggelakkan Cemburu

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Banyak  jenis cemburu... Ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, dah tentu ramai yang menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bhw org perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi fikir-fikirkanlah yg mana baik & yg mana buruk.

Dlm kebanyakan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita.

1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.

2. Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.

3. Dia menuduh sesuka hati bhw kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah w/pun kita keluar dgn teman2 wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kpd kita.

8. Dia menyoal spt seorg polis, ke mana kita pergi & dgn siapa.

9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dgn penjelasan kita.

11. Jgn terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga.

Sekarang mari kita belajar cara2 nak mengatasi sifat cemburu ni..
1. Terima hakikat bhw sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sgtkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga.

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.

5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.

6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain?

7. Ramai org yg mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut.

9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain.

10. Jika rasa cemburu kita sdg memuncak, bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorg setiausaha yg cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dgn sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dpt menghalang mereka.

Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra. Tetapi jika kita dpt melihat tanda2 awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak. Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan kiranya mendpt pasangan yg cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semuladinya & jgn ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w/pun dia tidak sama spt org lain.

4. Jgn berpoya2 dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.

5. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya.

6. Jika kita telah berusaha sedaya upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan kita berdua.





p/s : aku just share ngan korang..sebab aku tahu aku ni mmg kuat cemburu..tpi aku pandai positifkan cemburu aku....cehhh!!selamat beramal...

Friday, 9 March 2012

Ditindih Ketika Tidur..

uisshhh...salam sejahtera..aku nak kongsi ngan korang laa mengenai ditindih ketika tidur..perrhhh...layan jom...
Fenomena ditindih ketika tidur sering kali dianggap ada kaitan dengan benda mistik.Aku pun tak tahu betul ke tidak mistik nya..mungkin gak sebab masa tue tak ada lagi penjelasan dari segi saintifik menjelaskan bagaimana fenomena ditindih ketika tidur ini terjadi. Atau mungkin juga disebabkan orang dulu-dulu yang berpegang kuat dengan kepercayaan tahyul..ehh banyak plak mungkinnya laa..korang nilai laa sendiri..Sleep paralysis, mari bongkar dan kongsi bagaimana ia terjadi.
Sebelum itu,aku nak ceritakan pengalaman aku sendiri bagi memberi gambaran tentang apa yang terjadi semasa fenomena ini berlaku..Dah lama sangat aku tak rasa fenomena ditindih ketika tidur ni...seingat aku last aku kena ditindih masa tidur adalah 5 @ 6 tahun lepas..yer kot...baru2 ni aku kena lagi fenomena ini..kira dalam minggu ni aku kena 2 malam..perhh tragis sungguh laa...
al kisahnya....Masa tue tengah malam..sedang syok dan asyik tidur dibuai mimpi,secara tetiba je aku terbangun dan terasa badan aku seperti ditindih oleh sesuatu yang berat..Aku cuba bergerak tapi tak dapat..aku cuba buka mata,alhamdulilah dapat buka tapi aku tak nampak apa-apa yang menindih aku..hanya nampak gelap gelita dan hitam..pelik gak..aku cuba buka mulut..bajet nak minta tolong atau dapat jerit,pun ok la..tapi tak berjaya..macam rasa ada sesuatu yang menutup peti suara aku..aku bertambah takut...nafas aku pun terasa macam disekat dan sukar sangat untuk aku bernafas..aku cuba lagi untuk gerakkan tangan dan kaki aku..masih tak berjaya..aku cuba sedaya yang mampu untuk melepaskan diri..tapi tak berjaya jugak..akhir sekali aku membaca surah-surah al Quran..hanya mampu membaca didalam hati jek..bermacam2 surah yang aku baca..alhamdulilah aku berjaya lepaskan diri aku dan kembali bernafas seperti biasa..lebih kurang 30 minit aku ditindih..apabila aku berjaya bangun dan bangkit,aku rasakan badan aku berpeluh yang amat banyak sehinggakan tilam aku basah..memang berpeluh abis aku...
keesokkan hari nya aku berceritakan pada housemate aku dan tunang aku...housemate aku pun pernah kena jugak..lagi aku takut nak duduk dirumah tue..2 malam berturut-turut aku ditindih..
aku pun bercerita fenomena ini kepada abg nazri (org lama kaw apatment tue)..bila aku bercerita,die pun dengar dan membuat kesimpulannya...ada 2 kesimpulan yang die bagi..positif dan negatif...
kesimpulan yang negatif,kawasan apartment tue memamg kawasan benda halus dan mereka dah biasa melihat dan mendengar suara yang pelik..terutamanya cik salmah (ponti-anak-salmah)..menurut abg nazri,benda halus tue menjelma sejak ada kes pembunuhan di dalam kawasan apartment tue tahun lepas..perhhh seram sejuk aku dibuatnya...membuatkan aku takut dan seram apabila berseorangan..malam tadi,takutnye pasal,aku sanggup tidur dalam kereta dikawasan apartment hadapan..housemate aku tiada dirumah...selesai solat dan baca yasin,aku terus ke parking kawasan apartment hadapan...dalam kereta mungkin tak kena tindih laa...sebab kereta sempit dan rendah..hihihi...
kesimpulan yang positif abg nazri bagi adalah tidur terlentang dalam masa yang lama, stress, jadual tidur yang tak menentu,kurang tidur.tidak membersihkan badan sebelum tidur dan perubahan gaya hidup/keadaan sekeliling yang mendadak adalah antara penyebab biasa yang menyebabkan berlakunya ditindih masa tidur..

jom kita cari apakah dan bagaimana fenomena ini terjadi....layanzzz pakcik Google laa....

Bagaimana ia terjadi?

Sleep paralysis atau dalam melayunya, paralisis (lumpuh) tidur, terjadi ketika hendak masuk ke fasa tidur dan hendak bangun dari tidur. Apabila kita masuk ke fasa tidur, otak kita akan shut down perlahan-lahan. Bila otak dah fully shut down, badan pon ikut sama shut down kecuali jantung (bernafas). Antara otak dan badan kita, akan wujud pula disconnection. Disconnection inilah yang akan meyebabkan paralysis.
Contohnya kes aku nie. Aku tidur lalu terbangun secara tiba-tiba.  Disebabkan disconnection antara otak dan badan aku, ketika hendak bangun, otak aku lambat menyalurkan signal mengarahkan badan untuk bergerak. Oleh kerana lambat menerima signal dari otak, badan aku pun tak mampu bergerak buat sementara waktu dan sleep paralysis telah terjadi. Faham?buat2 faham jek laa..

Bahaya sleep paralysis

Berdasarkan pembacaan aku, terdapat kes dimana ada individu yang mati disebabkab sleep paralysis. Ketika individu tersebut mengalami sleep paralysis, dia telah diserang oleh attack panic, rasa panik yang amat sangat dan tak terkawal menyebabkan jantungnya gagal berfungsi dengan baik (asma kot) lalu mati. Jadi, nasihat aku, jangan mudah panik. Tak kiralah dalam apa jua situasi pun, remain calm and don’t panic. Ingat tue..hahaha..aku panik takpe...
Lagi bahaya sleep paralysis ialah, secara psikologinya dengan mempercayai fenomena ini ada kaitan dengan jin atau hantu. Selain berdepan bahaya syirik, bahaya lainnya ialah perasaan takut. Contohnya kita sering mengalami sleep paralysis apabila tidur di dalam bilik, lalu percaya bilik tersebut ‘keras’. Perasaan takut akan menyelubungi diri lalu bertukar menjadi tertekan yang akhirnya  akan menjejaskan kesihatan kita...

Nak percaya saintifik ke atau orang tua-tua??pandai lah korang pikirkan dan nilaikan..bagi aku,itu adalah asam garam dalam kehidupan jika kehidupan yang tak menentu..apa-apa pun ALLAH Maha Besar..berserah padaNya..amin..marilah kita amalkan ayat kursi..mustajab dalam apa jua keadaan...
Aku sharekan link ini untuk korang amalkan doa-doa harian yang bagus...insyaALLAH...
Semoga kehidupan aku dan keluarga aku dan korang dirahmati dan diberkati ALLAH S.W.T...amin yaa rabballamin...

Monday, 27 February 2012

Mengapa Wanita Sering Menangis...

♥ kenapa wanita sering menangis???♥

Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. ”

“Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”

“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada.”......
 
p/s : aku bersalah dan tersalah dan tersilap..aku memohon maaf kepada Mizz Zai kerana aku telah melukakan kan hati n perasaan nya...aku akan berusaha untuk mengembalikan keadaan n cinta n syang kite seperti dulu...maafkan daku,Mizz Zai.....i love u...
Post ini mengajar aku erti kasih syang dan cinta...ia bukan laa palsu n buta..hanya aku yg buta dalam percintaan.....maafkan daku....i love u,Mizz Zai...