uisshhh...salam sejahtera..aku nak kongsi ngan korang laa mengenai ditindih ketika tidur..perrhhh...layan jom...
Fenomena ditindih ketika tidur sering kali dianggap ada kaitan dengan benda mistik.Aku pun tak tahu betul ke tidak mistik nya..mungkin gak sebab masa tue tak ada lagi penjelasan dari segi saintifik menjelaskan bagaimana fenomena ditindih ketika tidur ini terjadi. Atau mungkin juga disebabkan orang dulu-dulu yang berpegang kuat dengan kepercayaan tahyul..ehh banyak plak mungkinnya laa..korang nilai laa sendiri..Sleep paralysis, mari bongkar dan kongsi bagaimana ia terjadi.
Fenomena ditindih ketika tidur sering kali dianggap ada kaitan dengan benda mistik.Aku pun tak tahu betul ke tidak mistik nya..mungkin gak sebab masa tue tak ada lagi penjelasan dari segi saintifik menjelaskan bagaimana fenomena ditindih ketika tidur ini terjadi. Atau mungkin juga disebabkan orang dulu-dulu yang berpegang kuat dengan kepercayaan tahyul..ehh banyak plak mungkinnya laa..korang nilai laa sendiri..Sleep paralysis, mari bongkar dan kongsi bagaimana ia terjadi.
Sebelum itu,aku nak ceritakan pengalaman aku sendiri bagi memberi gambaran tentang apa yang terjadi semasa fenomena ini berlaku..Dah lama sangat aku tak rasa fenomena ditindih ketika tidur ni...seingat aku last aku kena ditindih masa tidur adalah 5 @ 6 tahun lepas..yer kot...baru2 ni aku kena lagi fenomena ini..kira dalam minggu ni aku kena 2 malam..perhh tragis sungguh laa...
al kisahnya....Masa tue tengah malam..sedang syok dan asyik tidur dibuai mimpi,secara tetiba je aku terbangun dan terasa badan aku seperti ditindih oleh sesuatu yang berat..Aku cuba bergerak tapi tak dapat..aku cuba buka mata,alhamdulilah dapat buka tapi aku tak nampak apa-apa yang menindih aku..hanya nampak gelap gelita dan hitam..pelik gak..aku cuba buka mulut..bajet nak minta tolong atau dapat jerit,pun ok la..tapi tak berjaya..macam rasa ada sesuatu yang menutup peti suara aku..aku bertambah takut...nafas aku pun terasa macam disekat dan sukar sangat untuk aku bernafas..aku cuba lagi untuk gerakkan tangan dan kaki aku..masih tak berjaya..aku cuba sedaya yang mampu untuk melepaskan diri..tapi tak berjaya jugak..akhir sekali aku membaca surah-surah al Quran..hanya mampu membaca didalam hati jek..bermacam2 surah yang aku baca..alhamdulilah aku berjaya lepaskan diri aku dan kembali bernafas seperti biasa..lebih kurang 30 minit aku ditindih..apabila aku berjaya bangun dan bangkit,aku rasakan badan aku berpeluh yang amat banyak sehinggakan tilam aku basah..memang berpeluh abis aku...
keesokkan hari nya aku berceritakan pada housemate aku dan tunang aku...housemate aku pun pernah kena jugak..lagi aku takut nak duduk dirumah tue..2 malam berturut-turut aku ditindih..
aku pun bercerita fenomena ini kepada abg nazri (org lama kaw apatment tue)..bila aku bercerita,die pun dengar dan membuat kesimpulannya...ada 2 kesimpulan yang die bagi..positif dan negatif...
kesimpulan yang negatif,kawasan apartment tue memamg kawasan benda halus dan mereka dah biasa melihat dan mendengar suara yang pelik..terutamanya cik salmah (ponti-anak-salmah)..menurut abg nazri,benda halus tue menjelma sejak ada kes pembunuhan di dalam kawasan apartment tue tahun lepas..perhhh seram sejuk aku dibuatnya...membuatkan aku takut dan seram apabila berseorangan..malam tadi,takutnye pasal,aku sanggup tidur dalam kereta dikawasan apartment hadapan..housemate aku tiada dirumah...selesai solat dan baca yasin,aku terus ke parking kawasan apartment hadapan...dalam kereta mungkin tak kena tindih laa...sebab kereta sempit dan rendah..hihihi...
kesimpulan yang positif abg nazri bagi adalah tidur terlentang dalam masa yang lama, stress, jadual tidur yang tak menentu,kurang tidur.tidak membersihkan badan sebelum tidur dan perubahan gaya hidup/keadaan sekeliling yang mendadak adalah antara penyebab biasa yang menyebabkan berlakunya ditindih masa tidur..
jom kita cari apakah dan bagaimana fenomena ini terjadi....layanzzz pakcik Google laa....
Bagaimana ia terjadi?
Sleep paralysis atau dalam melayunya, paralisis (lumpuh) tidur, terjadi ketika hendak masuk ke fasa tidur dan hendak bangun dari tidur. Apabila kita masuk ke fasa tidur, otak kita akan shut down perlahan-lahan. Bila otak dah fully shut down, badan pon ikut sama shut down kecuali jantung (bernafas). Antara otak dan badan kita, akan wujud pula disconnection. Disconnection inilah yang akan meyebabkan paralysis.
Contohnya kes aku nie. Aku tidur lalu terbangun secara tiba-tiba. Disebabkan disconnection antara otak dan badan aku, ketika hendak bangun, otak aku lambat menyalurkan signal mengarahkan badan untuk bergerak. Oleh kerana lambat menerima signal dari otak, badan aku pun tak mampu bergerak buat sementara waktu dan sleep paralysis telah terjadi. Faham?buat2 faham jek laa..
Bahaya sleep paralysis
Berdasarkan pembacaan aku, terdapat kes dimana ada individu yang mati disebabkab sleep paralysis. Ketika individu tersebut mengalami sleep paralysis, dia telah diserang oleh attack panic, rasa panik yang amat sangat dan tak terkawal menyebabkan jantungnya gagal berfungsi dengan baik (asma kot) lalu mati. Jadi, nasihat aku, jangan mudah panik. Tak kiralah dalam apa jua situasi pun, remain calm and don’t panic. Ingat tue..hahaha..aku panik takpe...
Lagi bahaya sleep paralysis ialah, secara psikologinya dengan mempercayai fenomena ini ada kaitan dengan jin atau hantu. Selain berdepan bahaya syirik, bahaya lainnya ialah perasaan takut. Contohnya kita sering mengalami sleep paralysis apabila tidur di dalam bilik, lalu percaya bilik tersebut ‘keras’. Perasaan takut akan menyelubungi diri lalu bertukar menjadi tertekan yang akhirnya akan menjejaskan kesihatan kita...
Nak percaya saintifik ke atau orang tua-tua??pandai lah korang pikirkan dan nilaikan..bagi aku,itu adalah asam garam dalam kehidupan jika kehidupan yang tak menentu..apa-apa pun ALLAH Maha Besar..berserah padaNya..amin..marilah kita amalkan ayat kursi..mustajab dalam apa jua keadaan...
Aku sharekan link ini untuk korang amalkan doa-doa harian yang bagus...insyaALLAH...
Semoga kehidupan aku dan keluarga aku dan korang dirahmati dan diberkati ALLAH S.W.T...amin yaa rabballamin...
No comments:
Post a Comment