Saturday, 7 April 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu


Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Illahi
Hadirkanlah insan lah sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini
Mendambakan kasih
Insan yang kusayang

Dihati ini
Hanya tuhan yang tahu
Dihati ini
Aku rindu padamu

Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan
Adat dan syariatMenguji kekuatan
Keteguhan iman
Insan yang berkasih…

Friday, 6 April 2012

Akhirnya Aku Kahwin

Uishh.....salam...
ni adalah novel yang kedua aku baca sampai habis tak sampai masa 24jam....yerlaa masa aku cuti sakit nilah aku ley abiskan masa membaca novel2 kepunyaan akak aku...selain melayan karenah anak2 buah aku sambil aku membaca...dalam masa 7 jam aku habis membaca novel ini yang ada 481 helai....fuhhh menarik giler2 jalan cite novel 2...mehh aku share jalan cite novel ni ehh..
Watak utama adalah DD@Diana@Debab.....keje sebagai supervisor kat kilang...anak tunggal...mempunyai saiz badan yang agak besat ckit...
Watak hero adalah Syafik....seorang CEO kilang tempat DD keje...anak kepada Datuk Suffian...
Watak Sampingan adalah Rohaida,Izhan,Syafizi,Azlan,Saiful,Datuk Suffian,Abg Lee, dan beberapa watak yang kurang menonjol gak...

Sipnosis novel ni....
Didi gadis comel yang periang dan loyar buruk gak..Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang lain. Sebagai seorang insan dia punya keinginan untuk bercinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu untuk menanti cinta sejati walaupun hatinya sering dipemainkan....

Skit tentang dialong dalam novel Akhirnya Aku Kahwin....

Sedang aku memandu, tiba-tiba melintas seorang perempuan yang seolah-olah 
sedang berlari di hadapan keretaku. Terkejut aku dibuatnya.
Mujurlah keretaku masih agak jauh. Tanpa aku sangka,
ada seorang lelaki sedang mengejar perempuan tersebut.
Kali ini aku teidak sempat untuk mengelak lagi kerana sudah terlalu hampir. 
Apa lagi...berdentummmm!! Dah langgar...

"Orang kalau nak mintak maaf bagilah bunga ke ape ke. Ni pakai air liur saja". 
Aku merungut perlahan,namun pasti sampai ke telinga Azlan. 
Muka sengaja aku seriuskan walhal dalam hati dah terguling-guling aku gelak.

"Didi..sabar,Didi. Bawa mengucap. Ingat ALLAH, Didi". 
ujar syafik memberikan semangat buatku....
"Kami tengah uruskan segalanya. Nanti semua prosuder da siap, encik bolehlah tuntut kedua-duanya".
 ujar doktor itu lagi..


Dan bagaimanakah selepas kejadian itu??bagaimanakah kehidupan Didi??siapakah jejaka Terhangat Di Pasaran,teman maya Didi????kuatkah semagat dia untuk menempuh segala dugaan dan rintangan yang datang...siapakah yang menjadikan Didi sebagai isteri??bertemukah jodoh Didi??bagaimana layanan masyarakat sekeliling tentang Didi???korang nak tahu jalan cite selanjutnya,korang baca laa...

Kompom meleleh gak air mata korang...terkedu dan tersedu2 aku membaca..ada gak lawak yang boleh diterimapakai..disamping itu ada gak pengajaran yang terdapat didalam jalan cite novel ini...ada unsur2 keagamaan..unsur2 budaya Melayu..unsur2 kehidupan kejiranan...Dalam novel ini gak ada diselitkan mengenai cara Upah Haji....itu yang aku terperanjant..coz jarang ada novel yang selitkan ilmu agama macam tu tau...hihihihi..

Aku bagi ***** bagi novel ini.....terbaik jalan cite die...tahniah buat penulis coz mampu membuat setiap pembacanya melelehkan airmata dan adakalanya tersenyum sorang2 depan novel...hihihi..

~~next misi adalah Kampung Girl....jommm layaannnnnzzzzzzzzzzzzzz.....

Thursday, 5 April 2012

Cinta Kau dan Aku

Uisshh...korang nak tahu x yg aku kini da bergelar pembaca novel tegar..kah3...
almaklumlaa xthu nak watpe time cuti2 malaysia ni kan..so msa yg terbaik utk aku mula membaca novel...dsamping dpt ilmu,aku gak dpt thu bgaimana isi ati wanita n memahami serba sedikit tentang ape itu cinta..ape itu airmata cinta..ape itu pengorbanan cinta..ape itu kehidupan cinta..ape itu kasih syg seorang kekasih....ehh mcm2 laa...smlam aku baca novel Cinta Kau dan Aku...sikit tentang penulis nya :-
~~~Siti Rosmizah
~~~Terbitan Groupbuku KarangKraf
~~~harga RM19.90
aku mula membaca jam 12 tghri smpai kul 4ptg..mkn jap..dok ilek3...lbhkrg kul 9mlm aku mula membaca shingga laa jam 4pgi,aku dpat abiskan 1 novel yg tebalnya 680 helai..kah3...makin dbaca,makin menarik plak jalan cerita nya..membuatkan aku xmo berhenti..nak kencing pun tahan gak laa....kahkahkahkah....
Aku share jalan cerita die skit ehh....
rmai watak dlm novel ni....watak utama heroin adalah Farisya@Risy@Risya..dan watak utama hero adalah Farish Hakimi@Rish....dan ada watak2 tmbahan seperti Zamilah,Zack Kapcai,Farah,Suraya,Mak Timah,Mak Yam,Pak Dollah n beberapa watak yg xbrapa menonjol sgt...

Farisya adalah sorang gadis kg yg lembh lembut..setelah kematian ayahnya,die berubah menjadi seperti lelaki tetapi naruli keperempuanan tetap ada...dengan mata yg bulat,kulit yg putih n rmbut yg panjang..pewatakan die dlm novel ini cukup menyerlah dan menghidupan jalan cerita dlm novel ini...lepas dpat result periksaan die tekad ke KL umtuk menceri kerja...tapi sebagai pemandu peribai....bayangkan sorang wanita ingin menjadi pemandu???huru hara x???akhirnya die diterima kerja disalah sebuah syarikt yg terkenal di ibunegara...Farisya bersahabat baik dengan Zack Kapcai dan Zamilah..
Farish Hakimi adalah bos Farisha...majikan die...farish mula terpaut dgn kelembutan dan keselambaan farisya dlm menjalan tugasnye sbagai pemandu...kiranya farish ni bertuah laa coz dpt pemnadu yg mulut laser n xreti dok diam...Farish adalah sorg CEO...farish penah dikecewakan oleh suraya..kerana pda hari pernikahan suraya n farish,suraya telah meninggalkan farish..tersiksa jiwa farish...lama kelamaan bila si farisya itu jadi pemandu farish,farish rasakan sebagai ada sesuatu yg terdetik di hatinya...pada ketika itu,si farisya bukan jek lagi pemandu tetapi lebih kepada pembantu peribadi..kemana sahaja si farish pergi,tentu si farisya akan diajak nya sekali....farisya dengan peragai selamba dan bersahaja dapat memikat hati farish....berjaya cinta an kasih sayang mereka ini??berjaya mereka hidup bahagia???ape tanggapan kelurga farish terhadap farisya??berjaya kah farisya mengapai impiannya????layannnnzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....................

"Apa jadi driver??Hei Risya, dah takda jawatan lain ke kat tempat kerja Milah 
tu sampaikan jawatan driver kau terima?? Dah-dah, balik kampung aje.
 Tolong Mak kat warung lagi bagus.
 Apa kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver?"
marah Mak Timah melalui telefon dengan Farisya

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak?
Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah
awak akan berubah fikiran dan menerima saya?"
soal Farish Haimi dengan wajah serius

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh 
bahagia dapa nebhadi suami. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam
hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

"Dah pandai berbohong! Dah pandai menipu! Kau jangan sampai aku naik tangan kat muka kau, Risya. Kurang ajar!! Aku bagi keizinan nak hantar kawan dia ke klinik tapi aku ditipu hidup-hidup. Apa sebenarnya yang kau nak Risya?" jerit Farish Hakimi dengan muka baran.

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja ditelinga. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukan suara itu yang telah merobek hatinya??Bukakah suara itu yang telah merangut kepercayaannya??

so aku cerita setakat ini jek...yang lebih2 korang baca sendiri...bagi aku ketabahan farisya dalam mengharungi kehidupan nya yang penuh dengan liku2 kehidupan dengan masalah percintaan dia..farisya kena kahwin paksa dengan farish hakimi...kehadiran farah dan suraya dalam kehidupan farisya...Mak Timah yang sakit...pengorbanan Cikgu Zul terhadap cinta..kematian baby farisya angkara farah dan suraya...berjayakah farah dan suraya memisahkan farish hakimi dan farisya??apakah kesudahan cinta Farish Hakimi dan Farisya??Bagaimana dengan Suraya,Farah??Zack Kapcai dan Zamilah??Cikgu Zul??
korang nak tahu lebih lanjut,korang baca dan hayati laa jalan cerita novel ini...dari 5 bintang aku mampu berikan 4 bintang laa...memang menarik..sehinggakan aku menitiskan airmata...hukhukhuk...

Cover depan
*banyak yang aku belajar dari novel ini..hukhuk..
**Misi seterusnya : Akhirnya Aku Kahwin....