Alhamdulilah...sekejap jek rasanya da nak dkt 6 bulan usia perkahwinanku bersama seorg wanita yg muncul dlm hidupku dikala aku terasa seakan sunyi dan sepi...kehadirannya dlm hidupku penuh makna...terima kasih kepadaMu Ya Allah kerana hadirkan die dlm hidupku...membawa sinar cahaya disaat daku dlm kegelapan...
Kini..isteriku sedang hamil 3bln dan dijangkakan bersalin pda pertengahan November...syukur Alhamdulilah...terima kasih kepadaMu Ya Allah diatas nikmat yg Kau berikan...
Tarikh 2 April 2014 penuh dengan kegembiraan..pagi2 lagi aku keluar rumah kerana pagi tu aku ada metting dgn pihak pembekal..isteriku tidak bekerja kerana sepupu die dtg dri melaka..lebhkirang jam 11.30pgi,isteriku menghantar mesej menyatakan die hamil..Pertama kali aku rasakan gembira yg amat sgt didalam jiwa apabila mengetahui isteriku hamil..mmg xdpt dibayangkan perasaan aku ketika itu...aku sanggup meninggalkan tugasan aku di pejabat semata2 ingin mendakap dan memeluk isteriku dengan pengkhabaran gembira darinya..isteriku ke klinik bersama sepupunya..Perasaan dan tanggungjawab aku sebagai suami memerlukan byak kesabaran dan ketabahan pabila melayan karenah isteriku yg hamil..aku berasa teruja dgn keadaan sebegini...aku mampu mengawal perasaan amarah yg dahulu menebal dlm jiwaku... Alhamdulilah terima kasih Ya Allah..
Alhamdulilah...setakat harini aku berjaya memberikan ape jua yg die idamkan..smpaikan aku dah pandai buat nasi kerabu..
Kepada wanita2 yg pernah hamil..mereka tahu akan keperitan semasa hamil..makan ckit muntah..mabuk..loya..pening..so isteriku turut terlibat alami gejala semua itu..aku lah bertindak sebagai doktor peribadi die...tukang urut peribadi..tukang masak..tukang jemur kain..nak dikatakan hampir semua kerja rumah,aku uruskan..pernah die kata kat aku,jangan manjakan die mcm nie..nanti takut jadi tabiat..aku bukan nak manjakan die tapi aku fikirkan kesihatan die..kalau baru jek nak basuh baju or memasak,dah pening pale..nak muntah..so dari die muntah or memudaratkan kesihatan dan kandungan,aku rela buat semua kerja2 rumah..aku dpt rasakan kepenatan pabila aku mengemas rumah..disaat itu aku terfikir akan isteriku selama ini mengemas rumah..membasuh baju..memasak..bukan mudah bagi lelaki untuk melakukan kerja2 sorg surirumah..memerlukan kekuatan fizikal..mental..hehe...aku yakin dan mampu lakukan..
Terima kasih Ya Allah di atas kurniaanMu kepada aku dan isteriku...semoga kehidupan kami diberkati olehMu Ya Allah...