Wednesday, 20 July 2011

CINTA dan AIRMATA...BAHAGIA dan DUKA..HATI ohh HATI...


Di suatu petang yang indah..
Aku duduk termenung sendirian
Melihat keindahan ciptaan Allah di bumi yang fana
Sambil bertemankan gelagat insan-insan yang berjoging..
Lalu pemikiranku jauh terbang..
Melayang-layang…
Terkenangkan pada seorang insan
Yang aku sayangi dan cintai…
Ya…insan itu pada zahirnya berada jauh dari pandangan
Mataku ini
Namun dia terlalu sangat dekat di hati nuraniku ini…
Tak pernah hilang dari pemikiranku..

Kehadiran dia dalam hidupku
Ibarat sebutir permata
yang bersinar terang
Nun jauh di dasar lautan
Berharga..
Bernilai buat diri ini
Senyum tawanya..
Lirikan manja matanya..
Kemanjaannya..
Bisikan kata-katanya..
Senantiasa bermain di mataku..
Pemikiranku..
Hatiku terlalu bahagia bersama dia..
Aku bahagia….

Wahai kekasih hatiku
Tiba masanya buatku datang kepadamu..
Bukan untuk menyakitimu..
Namun aku tidak sabar untuk bertemu denganmu..
Hanya kau dan aku..
Demi kau dan aku..
Ku tahu kau mengerti semua ini..

Wahai kekasih hatiku
Jangan sesekali air mata jernih membasahi
Pipi sucimu..
Kerana keterlanjuran kata-kataku dulu..
Kerana sifatku ini..
Mengertilah
Bukan niatku untuk menyakiti hatimu..
Bukan niatku untuk mengasarimu..
Bukan niatku untuk menyinggungmu..
Mengertilah…mengertilah…
Mengertilah wahai sayangku..

Berilah aku ruang untuk aku buktikan
Cintaku...
Kasih sayangku..
Keikhlasanku..
Kejujuranku..
Kepadamu seorang…
Aku di sini sentiasa merinduimu..
Menyayangimu..
Mencintaimu..
Setulus hatiku ini..
Bukan mainan bagiku..

Hanya satu ku pinta kepadamu..
Sayangi dan cintailah diriku ini
Bersama dengan setulus pengorbanan..
Demi kebahagian bersamamu..

Wahai kekasih hatiku
Dengarlah dan tenunglah kata hati ini
Di sini aku berjanji..
Akan sentiasa menyayangimu
Dan mencintai dirimu
Selagi nafasku tiada titik noktahnya…

Wahai kekasih hatiku
Kenangkanlah semua kata-kata ini
Kerana bicara sehelai kertas bersih ini
Ibarat bicara sekeping hatiku
Untuk muwahai kekasih hatiku….


p/s : khas buat seorang insan yang aku amat sayangi dan cintai...si dia..harap di mengertilah...idea ni aku dpt masa dok sorg2 kat Lake Garden,Seremban...rilex n coo jek...

2 comments:

AYuNG said...

okeh...ai mengerti...
**tetiba**

Pape tah..!! said...

haha...
ai pun mengerti..
hahaha..
**layanzz jek**